lencana sjkt ladang yong peng SJK ( T ) Ladang Yong Peng
Kata-kata Aluan Tuan Guru Besar
welcome1.gif (7911 bytes)
Murugaya
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana dapat melangkah ke zaman IT yang canggih ini dan lebih lagi dapat mewujudkan Laman Web atau 'Homepage' SJK( Tamil ) Ladang Yong Peng, 83700 Yong Peng, Johor,Malaysia.
Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat di atas kerjasama menjadi perintis projek 'Sekolah Siber' dan meletakkan Daerah Batu Pahat, daerah yang pertama menerokai alam Siber. Langkah gagah ini telah mendorong kami bergerak seiring dan memberi sokongan padu ke arah menjayakan program ini. Saya pasti bahawa kerjasama yang erat ini akan mendorong kami mencapai kejayaan khasnya dalam bidang pendidikan dalam alaf yang sungguh mencabar ini.
Kami juga ingin membabitkan kepada dunia bahawa sebagai sebuah sekolah yang terletak di kawasan pendalaman ladang juga boleh menghubungi setiap penjuru dunia dalam sekelip mata sahaja dengan menggunakan kemudahan IT. Kami juga harap dengan adanya kemudahan yang canggih ini, warga sekolah kami khasnya pelajar-pelajar dapat menghadapi cabaran-cabaran yang bakal menanti mereka.

Sekian ,terima kasih

En.Murugaya a/l Rajagopal

 
 
Bluline.gif (11170 bytes)
 
KE MENU UTAMA