fGambar1.gif (38429 bytes)

logo.jpg (2323 bytes)

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini terletak di Bahagian B1, Ladang Yong Peng.  Ia mula ditubuhkan pada 1.1.1937 oleh pihak Inggeris bagi kemudahan orang-orang India yang bekerja di ladang ini.  Dengan penubuhan sekolah ini pihak Inggeris berharap agar masyarakat India tidak akan lari meninggalkan ladang ini di samping  masyarakat di ladang.
Pada awal penubuhan, seramai 95 orang murid telah bersekolah ini.  Guru Besar yang pertama ialah Encik S.Vethamanicam.  Pada masa itu hanya terdapat empat buah bilik darjah, sebuah pejabat dalam sebuah bangunan dan sebuah kantin. Beberapa perubahan telah dibuat oleh beberapa guru-guru besar terkemudian bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah dan memberi keselesaan kepada murid. 
Bangunan kantin telah diubah suai menjadi bilik darjah, sebuah pejabat serta setor pada tahun 1983.  Sebuah kantin baru telah dibina pada tahun 1992 yang juga dijadikan dewan sekolah.  Bilangan murid terus bertambah dari masa ke semasa sehingga pada tahun 1998 jumlahnya mencapai 140 orang.
HOME